biasa...sederhana..tapi kekal cantik...."Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Friday, November 18, 2011

tulipa pulchella - bunga dan aku??

Kenapa ''TULIPA PULCHELLA'' ?? ramai yg bertanya langsung....tidak ada yg begitu spesific untuk aku jelaskan..kenapa aku pilih nama khas dari salah satu jenis bunga dalam keluarga Liliaceae ini....Cuma aku punya perspektif sendiri...tulip si anggun tapi tidak menggoda...ia tetap dalam golongan tersendiri.Namun, .tidak semua akan menyukainya. Ia tidak hadir dengan tanda cinta yg mekar seperti Mawar. Cukup sekadar elegan menyampaikan sayang dalam kesederhanaan. Ia juga melambangkan cinta yang sempurna. 


 Kenapa tidak mawar??....Kerana, ada aku dalam setiap tulipa pulchella. Ini pendapat sendiri. Jangan disangkal..kerana aku noktahkan pendapat di situ. Mawar mempresentasikan pendirian yang tegas. Mawar sangat terjaga. Siapa yg merentap kasar, pasti akan terluka. Disatu sisi lain. Aku mengenali seorang mawar di laman maya. mawar yg berdiri teguh untuk cintanya. Mawar yang tetap mekar walau byk dugaan yg menghampirinya. Aku berdoa untuk mawar, sungguh cinta mawar itu agung, walau terpisah di dunia, aku pasti mawar akan bersama nafastarinya di syurga nanti, insyaallah. mawar akan terus tabah mengharung sisi hidup bersama embun dan kekwa puterinya...(kalau mawar baca, maaf aku cuma berkongsi. aku kagum dengan ketabahanmu,mawar!)....
Wanita sering dikaitkan dengan bunga...wanita adalah bunga, bunga adalah wanita..cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya. kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tidak guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tidak guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak pada wanita. Oleh itu, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah… Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya… Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah… Firman Allah dalam surah an-Nisa’, ayat 24 yang bermaksud… “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”
TULIPA PULCHELLA :  KERANA IA BUNGA dan KERANA AKU WANITA.

with love,
feyda heidi hadi

No comments:

Post a Comment