biasa...sederhana..tapi kekal cantik...."Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Wednesday, October 20, 2010

murai si gagak prejudis

Bukan mahu menghina, mencebik muka apalagi memusuhi saudara sedarah sepertalian keluarga. Tapi itulah yang aku rasa tatkala percaya itu hilang dahan teduhnya. Kenapa perlu setelah sekian lama, baru kini prihatin itu ditunjuk. Sudah 3 tahun, ya....3 tahun aku berjalan di daerah asing ini, kenapa baru saat ini barulah terhegeh-hegeh mendail info tentang sisipan kain peredaran waktu aku disini. Sungguh, aku tahu apa yang aku lakukan. Hitam putih laku ku disini semuanya tersemat kemas dalam organizer disiplin milik mutlak ibu dah ayah. Tetapi kenapa perlu ada insan lain yang sewenangnya mempertikaikan perhatian utuh yang secukup rasanya ditumpahkan ibu ayah kepada aku. Sedangkan sebelum ini, makan minum, pakai telanjang, rupiah USD, hidup mampus aku tak pernah sekali pun diambil peduli. Kenapa perlu sekarang?????

Hanya berlesenkan gelaran gorgeouse aunty (maaf, kerna aku xmampu berselindung lg), apa hak mutlaknya untuk menegur lantas mendera emosi rasa salah pada ibu aku? Kalau nak anak sendiri ibarat katak bawah tempurung, jangan dilibatkan aku. Iblis atau malaikatkah aku disini, naluri seorang ibu kandung mampu beroleh fakta. Bersuami atau berjantankah aku. Itu urusan aku. Allah itu adil, Dia maha mengetahui. Sedarlah..diri itu bukanlah wartawan broadcasting yang dibayar helaian jutaan ringgit ibarat paparazzi hollywood! Jangan menyibuk seolah bertopengkan simpati dan mengambil tahu. Itu semua tidak perlu. Selama aku merangkak berlari di daerah sibuk ini, aku tak pernah mengharap duit belas dari siapa. Aku mampu berdikari..andai kata tersedak tekak, aku ada keluarga...untuk apa menyedok simpati orang lain...Cukuplah...cukup dengan lakonan swasta tak bersponsor tu...! Sekarang, diburukkan aku tanpa intelektual bukti, dicemuh aku bak gagak sial, dirogol maruah hati aku bak anjing lapar menggodak sarap sampah!! Kalau mahu menghukum aku sebagai plaintif di mahkamah, aku masih ada ayah dan ibu selaku peguam bela. Pendakwa raya sekalipun akan memihak aku..malah hakim di mahkamah dunia sekalipun sebelum sebutan kes lagi menegakkan adil pada pihak aku. Cukuplah!

Sekarang jangan sibuk meneroka hutan simpan masalah orang lain. Setahu cerdik akal investigasi aku, masalah diri sendiri itu berbilion-bilion tan neraca timbangnya. Kenapa perlu disibukkan diri seolah peneraju utama filem MAMI JARUM? Jika diinginkan aku untuk senaraikan hutang piutang dalam bentuk RINGGIT MALAYSIA ataupun BUDI, aku sudi...beri saja 1 minit, lengkap bacaan tuduhan kes aku huraikan satu persatu. Siapa akan malu?? Sampai sedetik saat ini, aku masih merogol pertanyaan kenapa berkelakuan demikian? MONOPOUS kah? Owh ya...masalah hormon mungkin! Ataupun x cukup layanan batin? (maaf, geram menidakkan akal waras hormat)..Aku tahu had aku sebagai ANAK GADIS AYAH, ADIK PEREMPUAN ABANG ,WANITA & IBU SANG SUAMI DAN ANAK, ataupun persepsi rekaan yang dicipta selaku BETINA JALANG kepada JANTAN SIAL? BULLSHIT babe...those were your fuckin bitch perceptions! Aku tahu tiang lampu isyarat merahku dimana!!

5 waktu sembahyang sehari semalam sekalipun tidak akan cukup mensucikan lumpur yang melekat. Itu FITNAH!! Aku disini mungkin dilihat hanya berani dalam perang berstrukturkan essay semata. Bukan takut untuk menyatakan verbal, tapi aku masih ingat dakwa terhadap etika hormat dan patuh. Aku masih berdiam kerana aku sayangkan keluarga aku, aku sayangkan ibu ayah aku. Kalau bukan kerana mereka, tidak perlu ulangkali fikir, pertalian ini sudah pasti aku tetak hingga lerai dan hancur.. Maafkan aku sekali lagi..sesungguhnya hati aku telah dirobek penuh rakus. Pantang skali mendengar esak tangis si ibu...Sekali hatinya terguris, sampai mati hati aku yang terluka dan berkudis nanah!!!Sakit aku yang rasa!!!! Kerana itu ibu aku...itu ayah aku...itu abang aku...ITU KELUARGA AKU, TIADA KAITAN DENGAN ORANG LAIN!!!

No comments:

Post a Comment