biasa...sederhana..tapi kekal cantik...."Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Wednesday, November 3, 2010

Perbezaan antara suka,cinta dan sayang




Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

Monday, November 1, 2010

ketika cinta berbicara

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Credit to: cintadearhaniey.wordpress

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL!

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia

Sekadar berkongsi.. kredit to: Sadat Tahfiz

Saturday, October 30, 2010

andai kau tahu. aku juga harap kau tahu.
aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku

namun aku tidak boleh menjamin apa-apa.

bukan aku yang menulis di lauh mafuz sana. tapi DIA.

DIA ,Allah yang menjadikan dirimu dan diriku, di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui.


insyaAllah Jodoh tidak akan lari jika sudah memang ditakdirkan kita bersama
biarpun beribu bidadari datang melamar ku,
insyaAllah dirimu tetap untukku,
jika itu yang Allah kehendaki.

jodoh itu seperti rezeki.
dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku..
namun ku insan yang tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

ku mohon sungguh Ya Allah,
kuatkanlah imanku dan imannya..
jika dia benar untukku,
maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,
jika dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu

Wednesday, October 20, 2010

murai si gagak prejudis

Bukan mahu menghina, mencebik muka apalagi memusuhi saudara sedarah sepertalian keluarga. Tapi itulah yang aku rasa tatkala percaya itu hilang dahan teduhnya. Kenapa perlu setelah sekian lama, baru kini prihatin itu ditunjuk. Sudah 3 tahun, ya....3 tahun aku berjalan di daerah asing ini, kenapa baru saat ini barulah terhegeh-hegeh mendail info tentang sisipan kain peredaran waktu aku disini. Sungguh, aku tahu apa yang aku lakukan. Hitam putih laku ku disini semuanya tersemat kemas dalam organizer disiplin milik mutlak ibu dah ayah. Tetapi kenapa perlu ada insan lain yang sewenangnya mempertikaikan perhatian utuh yang secukup rasanya ditumpahkan ibu ayah kepada aku. Sedangkan sebelum ini, makan minum, pakai telanjang, rupiah USD, hidup mampus aku tak pernah sekali pun diambil peduli. Kenapa perlu sekarang?????

Hanya berlesenkan gelaran gorgeouse aunty (maaf, kerna aku xmampu berselindung lg), apa hak mutlaknya untuk menegur lantas mendera emosi rasa salah pada ibu aku? Kalau nak anak sendiri ibarat katak bawah tempurung, jangan dilibatkan aku. Iblis atau malaikatkah aku disini, naluri seorang ibu kandung mampu beroleh fakta. Bersuami atau berjantankah aku. Itu urusan aku. Allah itu adil, Dia maha mengetahui. Sedarlah..diri itu bukanlah wartawan broadcasting yang dibayar helaian jutaan ringgit ibarat paparazzi hollywood! Jangan menyibuk seolah bertopengkan simpati dan mengambil tahu. Itu semua tidak perlu. Selama aku merangkak berlari di daerah sibuk ini, aku tak pernah mengharap duit belas dari siapa. Aku mampu berdikari..andai kata tersedak tekak, aku ada keluarga...untuk apa menyedok simpati orang lain...Cukuplah...cukup dengan lakonan swasta tak bersponsor tu...! Sekarang, diburukkan aku tanpa intelektual bukti, dicemuh aku bak gagak sial, dirogol maruah hati aku bak anjing lapar menggodak sarap sampah!! Kalau mahu menghukum aku sebagai plaintif di mahkamah, aku masih ada ayah dan ibu selaku peguam bela. Pendakwa raya sekalipun akan memihak aku..malah hakim di mahkamah dunia sekalipun sebelum sebutan kes lagi menegakkan adil pada pihak aku. Cukuplah!

Sekarang jangan sibuk meneroka hutan simpan masalah orang lain. Setahu cerdik akal investigasi aku, masalah diri sendiri itu berbilion-bilion tan neraca timbangnya. Kenapa perlu disibukkan diri seolah peneraju utama filem MAMI JARUM? Jika diinginkan aku untuk senaraikan hutang piutang dalam bentuk RINGGIT MALAYSIA ataupun BUDI, aku sudi...beri saja 1 minit, lengkap bacaan tuduhan kes aku huraikan satu persatu. Siapa akan malu?? Sampai sedetik saat ini, aku masih merogol pertanyaan kenapa berkelakuan demikian? MONOPOUS kah? Owh ya...masalah hormon mungkin! Ataupun x cukup layanan batin? (maaf, geram menidakkan akal waras hormat)..Aku tahu had aku sebagai ANAK GADIS AYAH, ADIK PEREMPUAN ABANG ,WANITA & IBU SANG SUAMI DAN ANAK, ataupun persepsi rekaan yang dicipta selaku BETINA JALANG kepada JANTAN SIAL? BULLSHIT babe...those were your fuckin bitch perceptions! Aku tahu tiang lampu isyarat merahku dimana!!

5 waktu sembahyang sehari semalam sekalipun tidak akan cukup mensucikan lumpur yang melekat. Itu FITNAH!! Aku disini mungkin dilihat hanya berani dalam perang berstrukturkan essay semata. Bukan takut untuk menyatakan verbal, tapi aku masih ingat dakwa terhadap etika hormat dan patuh. Aku masih berdiam kerana aku sayangkan keluarga aku, aku sayangkan ibu ayah aku. Kalau bukan kerana mereka, tidak perlu ulangkali fikir, pertalian ini sudah pasti aku tetak hingga lerai dan hancur.. Maafkan aku sekali lagi..sesungguhnya hati aku telah dirobek penuh rakus. Pantang skali mendengar esak tangis si ibu...Sekali hatinya terguris, sampai mati hati aku yang terluka dan berkudis nanah!!!Sakit aku yang rasa!!!! Kerana itu ibu aku...itu ayah aku...itu abang aku...ITU KELUARGA AKU, TIADA KAITAN DENGAN ORANG LAIN!!!

Sunday, October 17, 2010

s.a.l.a.h

ke kiri aku mati...
ke kanan aku luka..
bukan pilihan...tetapi ini soal hati..
bukan meminggir atau khianat..
bukan menjauh atau berdiam..
masih sama...yang bezanya, cuma rasa.
mungkin takkan ada yang memahami
kerana aku hanya menyimpan
jarang sekali berucap kata
aku takut kataku nanti pedas...
merobek sesiapa hingga terbunuh senyum!!

Thursday, October 14, 2010

seakan hilang...

ya..semakin hari seakan semakin hilang..rasa yang semakin pupus. ive been knowing him for years...being with him for uncounting months and loving him thousand of minutes and millions of seconds..tp, harus dipersalahkan aku atau dia kalau aku katakan rasa itu kian hari, kian terbang...semakin jauh melangkah. Aku mampu nafikan kalau ada yang menuding tingkah andai hadir org ketiga atau keempat. Seteguhnya jawapan aku memang tidak. Semakin dia sibuk dengan kerja seharian..aku rasa semakin terpinggir...perasaan sahajakah yg salah? Ya, aku akui nangis itu ada...terguris juga bersarang..tapi, bagaimana formula terbaik untuk aku hindarkan rasa sebegini? Tertekan dengan keadaan..stress dengan rasa yang seribu aroma....Sejujurnya, aku masih lagi perlu dia..dalam setiap langkah dan hela nafas...malah aku perlu dia dalam setiap simpang siur peredaran adrenalin dalam rongga...perit bila rasa tersisih apalagi sendiri....aku ingin kembali seperti dulu.....untuk KAMI...seperti biasa...kerana aku yakin cinta itu masih satu,utuh seperti mula...tidak goyah, cuma keadaan menguji...ajarkan aku sabar...malam,jangan biar kelam...aku belum sedia untuk sepi sepertimu.....jika dia baca, ketahuilah...aku masih dan selalu perlu kamu!!

DALAM 3 TAHUN INI


3 tahun ini...banyak sungguh subjeknya...

subjek akal, hati dan segala rasa..

3 tahun ini kembara suka dan duka..

bagaimana jatuh bangun, tersungkur dan berlari..

kaya, miskin, kenyang dan lapar..

semuanya teradun sebati dalam resipi 3 tahun ini!

Biar disini aku ukir sebagai kenangan kami semua...

tiada apa yang perlu diselindung..utarakan saja..

kerana aku tidak mahu berhutang rasa dengan siapa-siapa...

biar semuanya lunas dalam genapnya 3 tahun ini.

ya...ada yang aku sayang, benci dan aku hormat..

ada yang adik, abang, kakak, rakan dan sahabat..

tidak kurang yang sekadar kongsi sedarjah kuliah yang lainnya persetankan saja...

ini lumrah..jangan digeleng kepala..

ada teman berkongsi segala..

susah senang, nangis ketawa..

pernah terguris, tapi tidak lama...

kerana ikatan sahabat kami kukuh dan teguh..

berkongsi rasa dan rahsia..

pernah dia tolong aku bangun..pernah juga aku bantu usir rasa kakunya..

pernah ada menconteng arang, dia terpalit sama..

tapi, akhirnya hilang dipadam bayu kebenaran..

terima kasih aku padanya menggunung melangit...

hutang??jangan dikira...kami semua berkongsi senang dan sengsara...halalkan saja

aku tidak pasti apa senarai salah dan dosa aku selama 3 tahun ini...

dan kerana itulah juga nota ini aku abadikan untuk mereka...

untuk pertama dan akhirnya...aku memohon maaf andai pernah meluka,

ada bahasa yang impaknya kasar apalagi terasa hina...

terumpat,terkata buruk,termaki,terherdik..apa-apa saja yang negatif isipadunya..

aku berkata dalam kuota ampun maaf sifatnya...

mesti ada yang tersenyum bangga..AKU, memohon apologize?

Biasalah...kiranya..aku bukan jenis yang menghimpun musuh merata..

Aku ingin mengumpul cinta dan cita...

Pada akhirnya, serasa terlalu singkat 3 tahun ini..

mula-mula berbaju besar dan panjang-panjang

tetapi kini ketat-ketat dan singkat-singkat...

awal detik perkenalan tatkala tersentap, astaghfirullah

seraya kini ayat nya...OMG??

Semua kini aku sedari berpasang-pasangan...

Semoga kalian berbahagia hingga akhirnya..juga doa buat aku..

Salam aku istimewa buat 23 antara kita...

Insyaallah selepas hari ini..kita bakal bersua lagi..

dengan sesuatu yang berbeza..

pembawaan, karier dan langkah...semua kita berhaluan sendiri...

Semoga berjaya...

Salam penuh kasih dari Aku...untuk 3 tahun ini.....